2014 - AUDIT LOKASI PROGRAM AKADEMIK LUAR KAMPUS

2014 - AUDIT LOKASI PROGRAM AKADEMIK LUAR KAMPUS

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia telah mensyaratkan semua universiti yang menawarkan program akademiknya di luar kampus utama melakukan proses audit lokasi terhadap lokasi luar kampus di mana program itu ditawarkan. Audit itu akan dilakukan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) bagi pihak KPT. Sebagai sebuah universiti berstatus Swaakreditasi, audit ini dilakukan secara dalaman.

Audit lokasi telah dijalankan oleh Pusat Kualiti Universiti (PKU) bagi Program Sarjana Komunikasi (Komunikasi Pemasaran Bersepadu) di lokasi berikut;

  1. Institut Pengajian Siswazah USM-Kuala Lumpur, Wisma Sejarah; 10 – 11 Jan 2014

Laporan audit dalaman dimajukan kepada PTJ terlibat untuk tindakan permohonan audit oleh MQA.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah memperakukan pada 11 April 2014 bahawa lokasi/premis luar kampus ini telah memenuhi keperluan kualiti dan meyediakan kemudahan yang kondusif bagi tujuan penawaran program Sarjana Komunikasi (Komunikasi Pemasaran Bersepadu).