2015 - PROGRAM PENANDAARASAN IPTA/IPTS TEMPATAN

Institut Pengurusan Kualiti, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Kualiti Universiti (PKUSM) pada 1 Oktober 2015 bagi tujuan perkongsian maklumat berkaitan swa akreditasi, perlaksanaan dan pemantauannya. Lawatan seramai 8 orang ini disertai oleh Pengarah, Timbalan Pengarah, Pengurus dan Pentadbir Institut ini.

Pengarah Pusat Kualiti Universiti (PKUSM) telah berkongsi pengalaman, ilmu kerja dan kepakaran dalam proses pelaksanaan dan pemantauan swa akreditasi di USM.